nuffnang header

Monday, August 23, 2010

Sekilas Pandang - Antara Buku 555 atau iPad?

Share
Aku terbabas masuk thestar online harini. Alang-alang tu, pegi a tengok top story kat situ. Kebetulan, dah lama tak usha paper the star. Kat USM yang dapat free tu Berita Harian je. Yang bahasa Inggeris takdak. 

Aku klik paling top. Menjurus kepada hasil nukilan Soo Ewe Jin dalam kolum Monday Starter. Aku bukan senang sangat nak baca hasil tulisan kolumnis ni kalau diikutkan. Tapi, tajuk macam best - antara buku 555 dan iPad, mana yang lebih sesuai dengan beliau. Kiranya ini pandangan beliau dalam his humble opinion la.

Memulakan dengan perkembangan maklumat yang terlalu pesat sekarang, mudah untuk kita lihat kedai-kedai kafe/mcDonalds/KFC atau apa-apa sahaja tempat mempunyai khidmat pelayaran internet percuma melalui WiFi. 

 Merendah diri, beliau dengan tidak sengaja membandingkan dirinya dengan orang lain. Orang lain di dalam kedai tersebut menggunakan iPad baru, dan juga tak ketinggalan lagi beberapa pelanggan yang menggunakan iPhone.

Walaupun beliau menggunakan handphone berharga kurang dari RM150, beliau tetap mempunyai suatu aset yang berharga mungkin orang lain tiada - dan mungkin juga tak pernah kenal pun. Apa DIA? 

Buku 555. 

Sebuah buku nota kecil yang sangat berharga tidak lama dahulu. Sering diulang-ulang dalam masyarakat kita sebagai "buku hutang", ia amat famous di kalangan rakyat Malaysia tidak lama dulu. Kalau tak caya, tanya parents korang.

Hmm. Apa kelebihan buku 555 ni lau dibanding dengan iPad?! 

Korang boleh fikir sendiri.. Bagi aku, aku setuju dengan perspektif si penulis. Ia akan bertahan, praktikal, dan paling penting - boleh difotostat. Boleh dicoret-coret, rasa pen menulis atas kertas tu masih ada!

Ini dah campur my honest view plak - apa kata korang baca original version by Soo Ewe Jin. Klik sini untuk ke thestar online.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...