nuffnang header

Monday, August 23, 2010

Berita - Padah Main Mercun

Share
For all Malaysian citizen! Stop supporting the firecrackers, for god's sake! Jangan beli, jangan main. Disebabkan kita membeli dan bermain mercun la, kejadian di bawah ni berlaku...

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah  apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun  meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini tengah hari  tadi.

Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.

"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan, manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun idendititi kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenal pasti.

Nor Shafli berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan rumahnya.

Dia kemudian menjengah ke luar rumahnya dan melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat secara dekat kejadian yang berlaku.

"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya yang juga seorang
peniaga.

Katanya, salah seorang lelaki terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, manakala  seorang lagi lelaki yang berada di bawah serpihan kayu daripada rumah yang meletup itu  sempat memberitahunya ada seorang budak yang turut terbabit dalam kejadian itu dan  mengarah beliau mencarinya.

"Selepas mencari saya tidak sangka pula akan menjumpai mayat kanak-kanak itu tersangkut di atas pokok dengan kepalanya cedera parah," katanya.

Katanya, dua mangsa yang cedera parah itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan.

Seorang jiran yang tinggal berhampiran 50 meter daripada rumah berkenaan, Hasnah Abdul Jalil, 50, pula berkata kejadian itu mengakibatkan atap rumahnya tercabut dan cermin tingkap dapur rumahnya rosak teruk.

"Mujurlah saya tidak ada di rumah ketika kejadian kerana kebiasaannya saya sedang memasak waktu itu. Ketika itu saya keluar untuk mengambil anak saudara di tadika di kawasan berhampiran," katanya.

Dia turut mendakwa sering ternampak kereta keluar masuk di kawasan rumah tinggal itu dengan mengangkut barangan, namun tidak mengetahui jenis barangan itu.

Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak malang itu Rozita Abdul Rahman, 35, ketika ditemui di rumah ibunya berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar ada urusan di mahkamah.

Manakala, anak saudaranya yang peramah dan cepat mesra itu, sudah beberapa hari tidak ke sekolah (tadika) kerana demam.

"Hari ini entah macam mana dia boleh ikut kawan ayahnya ke tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, ibu Khairul Arif telah menyediakan dua pasang baju raya untuk dipakai oleh kanak-kanak itu pada hari raya nanti.

"Saya hairan kerana hari ini Khairul Arif membawa bersama selipar rayanya ke hulu ke hilir untuk ditunjukkan kepada orang yang dijumpainya. Dia juga tidak semena-mena pernah berkata nak pergi jauh," katanya yang terkejut dengan kejadian itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang turut melawat tempat kejadian, mengarahkan satu siasatan terperinci dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian selain jenis bahan letupan dan individu yang terbabit.

"Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak bermain dengan mercun menjelang musim perayaan ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.-Bernama
 
Baca selanjutnya @ myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...