nuffnang header

Saturday, August 21, 2010

Review Movie - Forrest Gump

Share
Poster official Forrest Gump
Aku dengan ini nak citer kat korang semua ni. Satu movie yang amat sesuai ditonton oleh korang semua yang minat dengan drama dan romance kinda type of movie. This one is very interesting film to enjoy over and over again..

Aku dah 3 kali kot tengok cerita ni, tapi x bosan-bosan. Sebab cerita ni memang menarik. Bukan nak praise citer ni melebih-lebih, tapi, citer ni memang terbukti best with 6 Oscars dorang bolot. Bagi aku, memang cukup menuntun hati aaa. Mana ada cerita yang berkualiti macam ni lagi sekarang..

Sinopsis: Menceritakan seorang budak lemah IQ yang mencapai dan mengecap pelbagai perkara besar dan berjaya dalam pelbagai perkara yang diceburinya dan telah hadir dalam pelbagai peristiwa bersejarah - dalam setiap kes, melampaui imaginasi kita sendiri. Dan tapi, walaupun beliau mampu mencapai semua perkara yang hebat, tapi satu-satunya "cinta" tidak dapat diketemuinya. "Forrest Gump" ialah cerita mengenai seorang lelaki yang mengatasi segala halangan di hadapan dan telah membuktikan semangat, keberanian dan cinta dapat mengatasi kelemahan yang dialaminya..

My honest review about this film? Well, i want to let all of you decides. It is a beautiful fable that's gonna last for the rest of my life. Maybe i will tell the same story to my grandchildren, so that they would know what is the influence Forrest Gump inside me..

Try a tengok! Aku sure korang tak jemu. Lihat trailer @ trailer forrest gump. Happy watching!


Forrest Gump @ IMDB

Berita - Paras Air Telaga Zamzam Naik @ myMetro

Share
Air Zamzam

MAKKAH; Paras air di telaga zamzam di Masjidil Haram sudah meningkat, kata Timbalan Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Yousif Al-Wabil.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana banyak telaga zamzam tidak lagi mengalirkan air ke telaga persendirian yang digali oleh orang awam.

Yousif berkata, bekas tuan rumah di kawasan Al-Shamyia menggali telaga itu di rumah mereka dan menghubungkannya dengan tangki air mereka.

Beliau memberi jaminan kepada umat Islam seluruh dunia bahawa air zamzam tidak berkurangan.

Katanya, semua pusat pengagihan air itu di Makkah menerima bekalan secukupnya. Pihaknya juga membekalkan air zamzam ke Masjid Nabawi di Madinah setiap hari.

Selain itu, menurutnya, ada persetujuan dengan Menteri Air untuk membekalkan bekas dan cawan bagi menjamin kebersihan air. Dalam pada itu, beliau menolak dakwaan kononnya kaum wanita diberi tempat yang kecil untuk bersolat di Masjidil Haram.

Yousif berkata, lebih 50 peratus kawasan di tingkat satu dan dua diperuntukkan untuk wanita.

Pihaknya menyediakan rancangan untuk umrah dan haji sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan tahap perkhidmatan untuk jemaah sentiasa tinggi.

Untuk itu, kata Yousif, pihaknya mengerahkan lebih 5,702 petugas dengan dibantu oleh beribu-ribu kerja pembersih dan penyelenggara bagi memberi khidmat sepanjang 24 jam kepada jemaah. - AP 

Fakta:
    * Zam Zam is 18X14 ft & 18 meter deep water well.
    * It started 4000 yrs ago.
    * Never dried since then.
    * Never changed the taste, no Algea or plant growth in the pond, thus no disease caused.
    * This small pond provides water to millions of people through heavy motors pulling 8000 lit: per second and after 24 hours in only 11 mins completes its level.
    * Thus its water level never decreases
    * It was tested by European Laboratories & declared fit for drinking.

Baca lebih @ myMetro

Friday, August 20, 2010

Gambar - Apa Akan Terjadi Apabila Haiwan Berkelakuan Seperti Kita?

Share
Macam ada kesamaan je nih.....
Zebra / tenuk / cipan?
Horreeeee!! Team aku menang!
Dapat sepam lepas buka puasa ni, nikmat toi...
Saya ikut Abang Nabil!!
Tengok boleh, jangan berani sentuh, haram...
Quaterback!
Anjing: Tulah sebab.. Aku pun confuse, sapa la bapak aku sebenarnya?!
Agak-agak tupai pun ada rumah orang tua yaa?
Burrpp. Adoi.. Baru tonggang sebotoi.. Ada lagi sedozen kat dapur tu..
Emmm. Mancung tak hidung gua?
Suey! Dorang buat iklan rambut rupanya...
Mengantuknya. Baru lepas makan anak rusa tadi...
Apa macam?! Kitorang memang kreatif kan? Siap terbalik lagi gambar ni..
Uweekk, uweeekk.. Ibu, ibu, nak susu!
Welcome to Texas! Ahoy! Dengan nada suara Sandy (Spongebob Squarepants).
Katak pun boleh bercinta apa!?
Apa pandang-pandang?!
Lompat si Anjing lompat! Lompat la tinggi-tinggi... OuccH! Kena *@#*%
Ye cikgu! Saya dah berus gigi la pagi tadi!
Kerenah peminat star wars masih lagi menjadi-jadi.
Wuhooo.. Tu sebab aku xsuka lau tuan aku pasang air-cond! Telinga aku lambat kering...
A picture have lots of meaning.
Adik-beradik lain mak..

Further reading @ Chill Out Point

Thursday, August 19, 2010

Gambar - 31 Jari Kaki & Tangan

Share
Budak lelaki ini berumur enam tahun dan menetap di Liaoning, northeastern China. Lahir dengan jumlah 31 jari, ada antaranya melekat antara satu sama lain.

Keajaiban ciptaan Tuhan itu tiada batasnya.. Aku sebagai umat Islam, amat berbangga kerana aku masih berada dalam agama-Nya, masih menjalankan tugas aku sebagai seorang hamba Allah..

Further readinsoonia & AcidCow

Ingatan! - Rokok Ada Sel Babi

Share
Adakah benar berita ini?

Release tension la sangat....

Aku dapat cerita ni dari memo board di sebuah masjid yang aku singgah tempoh hari.

Apa yang menariknya, kenapa rakyat kita masih lagi bersemangat untuk menghisap rokok? Rokok 14 batang pun sudah tidak lagi dijual, malahan rakyat Malaysia masih lagi sukar untuk meninggalkan tabiat merokok mereka itu. Ia akan membawa kebinasaan dan 0 faedah kepada diri mereka dan menyukarkan orang lain di sekeliling mereka untuk terus bernafas (passive smoker) di bumi sekejap ini.

Wahai perokok semua, berhentilah merokok. Aku bagi hint yang menarik untuk korang berhenti rokok dengan serta-merta... 

KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Apa macam? Mau merokok lagi ker?!
 
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

Anda boleh baca berita selanjutnya @ Kosmo! Online

Gambar - Kreatif Orang Jepun

Share
Apa yang dorang cuba terangkan?!
Wah. Maharaja Jepun guna M-16
Ni memang xseronok mata memandang ni... 8-)
Adoi! Pening pening... Nak loya aku berpusing-pusing ni..
Gila coke ke hape?
Yeah!!! Kumpulan Gay Boy Japan akan mereleasekan album "We're Gonna Get You From Behind" September depan..
Wtf? Mentang-mentang a budak... Depan Porsche aku dia kencing  :-?
Good thought, now i can give it a try!
Cakap! Mana ko sembunyi mekap aku?!
Cita-cita nak join army, tapi dapat jadi bodyguard Tarzan jeee...
Bluuuppp... Maakkk... Bluuppp. Mak, tobat tak buat lagi.....
Takde taste aku nak tengok. Wekkk!! :-x
Ok, hari ni kita akan tunjukkan cara nak memancarkan cahaya dari pusat ibu mandul....
Pergh. Kalau jadik dalam LRT kita ni, ISA mesti dah cekup.
Creativity with no boundaries..
Cakkk!!!
Apa suluh-suluh ni, tak nampak aku tengah makan ni?! Muak aku makan McDolah tu hari-hari....
Look further @ link.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...