Adakah benar berita ini?
Release tension la sangat.... |
Aku dapat cerita ni dari memo board di sebuah masjid yang aku singgah tempoh hari.
Apa yang menariknya, kenapa rakyat kita masih lagi bersemangat untuk menghisap rokok? Rokok 14 batang pun sudah tidak lagi dijual, malahan rakyat Malaysia masih lagi sukar untuk meninggalkan tabiat merokok mereka itu. Ia akan membawa kebinasaan dan 0 faedah kepada diri mereka dan menyukarkan orang lain di sekeliling mereka untuk terus bernafas (passive smoker) di bumi sekejap ini.
Wahai perokok semua, berhentilah merokok. Aku bagi hint yang menarik untuk korang berhenti rokok dengan serta-merta...
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Apa macam? Mau merokok lagi ker?! |
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
Anda boleh baca berita selanjutnya @ Kosmo! Online
No comments:
Post a Comment