nuffnang header

Saturday, August 21, 2010

Berita - Paras Air Telaga Zamzam Naik @ myMetro

Share
Air Zamzam

MAKKAH; Paras air di telaga zamzam di Masjidil Haram sudah meningkat, kata Timbalan Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Yousif Al-Wabil.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana banyak telaga zamzam tidak lagi mengalirkan air ke telaga persendirian yang digali oleh orang awam.

Yousif berkata, bekas tuan rumah di kawasan Al-Shamyia menggali telaga itu di rumah mereka dan menghubungkannya dengan tangki air mereka.

Beliau memberi jaminan kepada umat Islam seluruh dunia bahawa air zamzam tidak berkurangan.

Katanya, semua pusat pengagihan air itu di Makkah menerima bekalan secukupnya. Pihaknya juga membekalkan air zamzam ke Masjid Nabawi di Madinah setiap hari.

Selain itu, menurutnya, ada persetujuan dengan Menteri Air untuk membekalkan bekas dan cawan bagi menjamin kebersihan air. Dalam pada itu, beliau menolak dakwaan kononnya kaum wanita diberi tempat yang kecil untuk bersolat di Masjidil Haram.

Yousif berkata, lebih 50 peratus kawasan di tingkat satu dan dua diperuntukkan untuk wanita.

Pihaknya menyediakan rancangan untuk umrah dan haji sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan tahap perkhidmatan untuk jemaah sentiasa tinggi.

Untuk itu, kata Yousif, pihaknya mengerahkan lebih 5,702 petugas dengan dibantu oleh beribu-ribu kerja pembersih dan penyelenggara bagi memberi khidmat sepanjang 24 jam kepada jemaah. - AP 

Fakta:
    * Zam Zam is 18X14 ft & 18 meter deep water well.
    * It started 4000 yrs ago.
    * Never dried since then.
    * Never changed the taste, no Algea or plant growth in the pond, thus no disease caused.
    * This small pond provides water to millions of people through heavy motors pulling 8000 lit: per second and after 24 hours in only 11 mins completes its level.
    * Thus its water level never decreases
    * It was tested by European Laboratories & declared fit for drinking.

Baca lebih @ myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...