Jangan tak percaya, dunia sekarang dah tunggang terbalik. Jangan buat perkara bukan-bukan, kang kena tangkap bawah AADK. Banyak sudah duit rakyat dihabiskan untuk buka pusat rawatan pemulihan dadah, pusat serenti, dan juga pusat-pusat hiburan di seluruh Malaysia ni..
Jauhi dadah, sayangi keluarga anda!!
Siap ada poster lagi aku bagi.. |
Dalam tempoh itu, 221 orang dikesan terbabit dalam penagihan dadah sebaik menceburi dunia pekerjaan dalam lingkungan usia 25 hingga 29 tahun kerana mempunyai pendapatan tetap.
Sepanjang tahun ini, golongan muda paling ramai terjebak dadah dan dianggarkan 25 peratus daripada jumlah keseluruhan 12,079 penagih termasuk penagih baru dan berulang, diikuti golongan muda berusia 20 hingga 24 tahun (24.4 peratus) termasuk pelajar IPT.
Golongan yang sudah agak stabil dalam dunia pekerjaan berusia 30 hingga 34 tahun juga mencatatkan kes tinggi dengan 1,516 kes (18.2 peratus) diikuti 35 hingga 39 tahun dengan 943 kes (11.3 peratus).
Kumpulan profesional ini dipercayai mula berjinak dengan dadah akibat sikap ingin tahu, berseronok dan mengambil dadah dengan alasan melepaskan bebanan kerja dengan kebanyakannya terbabit dalam kes dadah sintetik Amphetamine Type Stimulant (ATS) seperti syabu dan ecstasy.
Jangan jadi anjing gian... |
Jika mereka menerima rawatan di PUSPEN secara paksaan atau sukarela, ia mengambil masa agak lama dengan tempoh maksimum setahun sekali gus menjejaskan reputasi kerja masing-masing.
“Sekarang mereka ada pilihan mendapatkan rawatan di Klinik Pemulihan & Prihatin 1Malaysia (P&P1Malaysia) secara percuma di PUSPEN Sungai Besi. Mereka boleh datang setiap hari atau seminggu sekali, semua boleh diatur mengikut masa mereka,” katanya kepada Berita Minggu.
Pendekatan baru secara sukarela melalui program P&P 1Malaysia yang julung kali diperkenalkan itu berjaya menarik lebih 200 orang terutama penagih ATS dengan rekod purata kehadiran lima orang sehari dalam tempoh 45 hari sejak mula beroperasi 1 Julai lalu.
Berikutan itu, AADK akan membuka tiga lagi pusat rawatan sama di Kota Bharu, Kelantan (Timur); Tampoi, Johor (selatan) dan Pulau Pinang (Utara) selewat lewatnya hujung tahun ini.
Mengulas kebimbangan dikenakan tindakan oleh majikan selepas disahkan terbabit dadah, Zuraidah menegaskan semua maklumat rawatan dan pemulihan di P&P 1Malaysia adalah rahsia tetapi meminta majikan memberi peluang kepada pekerja untuk pulih.
Baca lebih @ BH online.
No comments:
Post a Comment