Jangan mudah mempercayai orang lain. Dunia sekarang sudah tidak selamat bagi orang yang bersifat lurus. Lorh!
LONDON - Seorang wanita Thailand yang hanya dikenali sebagai Mimi mendedahkan dia dipaksa meniduri 5,000 lelaki pada tahun lalu dan menambah bilangan 600 orang lagi jika mahu hutangnya dilangsaikan oleh penyeludup yang membawanya memasuki Britain, lapor akhbar News of the World semalam.
Pendedahan itu dibuat selepas sekumpulan anggota polis menyerbu dua rumah pelacuran pada Jumaat lalu di sini.
Mimi yang berumur dalam lingkungan 30-an memberitahu hutangnya dengan penyeludup manusia itu ialah £28,000 (RM136,692) dan dia terpaksa menjadi pelacur kerana tidak mempunyai wang untuk membayar balik hutang tersebut.
Dalam serbuan itu, dua wanita ditangkap termasuk seorang ibu ayam berketurunan Ireland manakala rumah pelacuran tersebut diarah ditutup.
Serbuan itu dilakukan selepas wartawan akhbar itu membongkar dua rumah pelacuran yang membawa masuk wanita dari Asia dan Afrika secara haram ke Britain.
Seorang wartawan yang menyamar sebagai bapa ayam diberitahu oleh seorang ibu ayam sebuah rumah pelacuran bahawa dia mempunyai beberapa pelacur dari China, Thailand, Jepun, Taiwan, Korea, Myanmar dan Mongolia. - Agensi
Baca selanjutnya @ Kosmo! Online
No comments:
Post a Comment