nuffnang header

Wednesday, November 17, 2010

Kata-kata MD Proton mengenai Proton Inspira baru

Share
Harga Proton Inspira baru
Terima kasih buat Proton kerana mereka telah mengambil langkah yang bijak dan menguntungkan.

Mengambil model Mitsubishi Lancer dan menghasilkan "rebadged Lancer" dalam Proton Inspira.

Kereta tersebut disediakan dengan teknologi dan enjin yang digunakan oleh Mitsubishi Lancer, yang mana kedua-duanya menggunakan enjin MIVEC, 1.8L dan 2.0L. Para pelanggan boleh memilih antara transmisi automatik CVT atau manual.

"Proton telah bersedia untuk bergerak lebih maju ke hadapan untuk menjadi peneraju dalam industri automotif global," kata Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, pengarah urusan Proton.

"Kita telah bersatu dan melakukan usahasama dengan Mitsubishi sejak 25 tahun lepas dan ia merupakan satu anjakan untuk terus bekerjasama dengan mereka dalam projek ini."

"Ubahan minor" telah dilakukan untuk menjadikan bahagian luaran kenderaan ini nampak seperti Proton. Peralatan standard termasuk cruise control, dusk-sending headlamps, rain-sensing wipers dan climate control air conditioning.

Varian warna untuk Proton Inspira baru

Kereta ini dilengkapi dengan enjin 1.8L yang akan dijual pada harga RM79,880, dan versi enjin 2.0L pula pada RM95,000.

Inspira diharap untuk mendapat sambutan yang baik dalam Malaysia, di mana Proton sudah pun mendapat 1,800 tempahan sejak kereta tersebut diumumkan penghujung Oktober lalu.

"Salah satu strategi produk kami ialah mengeluarkan model non-core melalui kerjasama strategik yang lebih efisien, tepat pada masa dan produk kompetitif kepada jualan," tambah pengarah tersebut. "Proton Inspira merupakan contoh terbaik dalam kerjasama strategik ini."

Apa kata korang? Adakah ini satu kerja yang dapat buat rakyat Malaysia berbangga? Atau sebaliknya? Kebergantungan terlebih? Atau R&D yang memberi pulangan? 

Sila komen untuk share pendapat anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...