nuffnang header

Monday, August 23, 2010

Berita - Jadi Mangsa Lemas Tengok Rakan Menjala

Share
Takdir maut bukan direncanakan oleh manusia sendiri..

CHANGLUN: Seorang remaja lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Jeragan dekat sini semasa sedang melihat dua rakannya menjala ikan di sungai itu malam tadi.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 11.30 malam apabila Sareh Mohd Asyraf Sareh Yusof, 19, yang dikatakan turun ke tebing sungai untuk menarik jala yang tersangkut selepas ditebar rakannya, tergelincir sebelum jatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras.

Rakannya Mohd Hisham Syahidan, 24, berkata kejadian berlaku terlalu pantas kerana air sungai ketika itu sangat deras.

"Saya dan seorang lagi rakan tidak mampu berbuat apa-apa kerana air sedang berpusing ketika itu dan Asyraf dilihat tenggelam timbul dalam air," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata dia dan seorang lagi rakannya terus memberitahu bapa Asyraf yang tiggal di Kampung Darat tentang tragedi itu sebelum mendapatkan pertolongan orang kampung. Ibu Asyraf, Sabariah Abdul Hamid, 40, berkata sebelum kejadian, anaknya itu meminta RM40 daripadanya untuk membeli barang-barang keperluan bagi persediaan menyambut hari raya.

"Dia minta izin untuk pergi membeli belah selepas berbuka, saya tidak tahu yang dia akan pergi menjala ikan," katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zamri Chik berkata mayat Asyraf dijumpai kira-kira pukul 1 tengah hari oleh Unit Penyelam Jabatan Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di dasar sungai tiga meter dari tempat dia jatuh.-Bernama 

Baca selanjutnya @ myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...